Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.
Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.
Tiada ungkapan indah untuk di lafazkan untuk entri kali ini. Cuma buat kali pertamanya pena mem'post' dua entri dalam masa yang sama. Sekadar perkongsian minda.. untuk santapan tetamu di alam maya. semoga bermanfaat untuk kita semua, insyaallah.. Jom! Survival ummah...
Rata- rata kita membicarakan tentang massa kita hari ini yang saban hari kian pudar nilai keimanan, semakin terhakis aqidah keislaman . Fenomena ini berlaku akibat kealpaan atau kelalaian masyarakat terhadap kefahaman agama yang wajib dipelajari di setiap peringkat kehidupan. Implikasi daripada permasalahan ini telah memporak - perandakan masyarakat dan juga meleraikan keutuhan ummah. Secara tidak langsung bala Allah bertubi-tubi menimpa umat Islam dan negara Islam seluruhnya. Maka benarlah janji Allah kepada manusia yang melanggar perintahNya sebagaimana firmanNya yang bermaksud :
“Telah zahirlah pelbagai kerosakan dan bala bencana di daratan dan di lautan adalah akibat daripada perkara-perkara yang telah dilakukan oleh tangan –tangan manusia. (Timbulnya yang demikian itu ) kerana Allah ingin merasakan kepada mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka insaf dan bertaubat di atas perbuatan tersebut”.
Dalam konteks masyarakat Islam pula yang sememangnya terbentuk daripada eleman-eleman kesatuan dan saling memerlukan antara satu sama lain. Kesatuan ini akan membentuk satu kekuatan yang pastinya akan menggerunkan musuh-musuh Islam. Walaupun kita maklumi sejarah umat Islam terdahulu dan kini, bahawa ikatan kemasyarakatan mereka berlainan mengikut perbezaan tempat dan peredaran zaman, tetapi kita perlu imbas kembali zaman kegemilangan Islam yang telah melahirkan satu kumpulan manusia iaitu sahabat- sahabat Rasulullah Ridwanullah ‘Alaihim. Mereka merupakan satu generasi yang paling istimewa di dalam sejarah umat Islam dan sejarah kemanusiaan seluruhnya.
Mereka mampu membentuk ikatan kemasyarakatan yang telah menggerunkan kuasa-kuasa besar dunia iaitu negara Rom dan Parsi yang merupakan musuh ketat Islam ketika itu. Ternyata, generasi tersebut tidak pernah muncul lagi sesudah itu dan ini adalah hakikat serta kenyataan yang perlu kita selami akan rahsianya agar ‘iktibar’ nur kegemilangan tersebut akan sirna kembali dan seterusnya dapat dikecapi oleh umat Islam di zaman ini.
Al-Quran yang menjadi sumber da’wah masih berada bersama kita dan begitu juga Hadis Rasulullah S.A.W serta sirah hidup baginda SAW. Kedua-dua sumber ini telah pun wujud pada masa generasi terdahulu, tidak terjejas oleh perjalanan sejarah dan tidak lapuk dek perkembangan zaman , hanya diri peribadi Rasulullah sahaja yang telah tiada bersama- sama kita sekarang. Adakah ini rahsianya?. Kalaulah masalah wujudnya peribadi Rasulullah S.A.W itu menjadi syarat mutlak dalam menegakkan da’wah ini, sudah tentu Allah S.W.T tidak menjadikan da’wah Islam meliputi seluruh umat manusia dan tidak menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai utusanNya yang terakhir serta tidak diserahkan hal ini untuk diurus oleh manusia hingga ke akhir zaman.
Oleh itu, kitalah sebagai penyambung Risalah Nubuwwah yang telah diamanahkan oleh Allah, sudah pasti memikul bebanan yang paling berat lebih–lebih lagi di zaman mutakhir ini. Kita juga perlu sedar dan insaf tentang keadaan yang menimpa ke atas agama Islam yang kita anuti, bagaikan retak meniti belah suatu hari nanti. Umat Islam ditindas dan dilanyak oleh musuh-musuh Islam. Mereka hanya sekadar melihat agama yang suci ini dinodai tanpa suatu pembelaan walaupun jumlah mereka yang banyak. Maka terbuktilah sabda Rasulullah S.A.W kepada sahabat-sahabat Baginda,
“ di suatu ketika umat Islam akan ditindas oleh musuh–musuh mereka. Lalu salah seorang sahabat bertanya, adakah kerana umat Islam ketika itu sedikit? Lalu Rasulullah menjawab bahawa umat Islam ketika itu terlalu ramai tetapi umpama buih- buih dilautan. Ini adalah kerana hati-hati mereka diserang oleh penyakit wahan iaitu, kasihkan dunia dan takut menghadapi mati ”.
Dengan itu, jelas kepada kita bahawa faktor inilah yang menyebabkan umat Islam hari ini begitu lemah dan goyah keutuhan mereka. Ikatan ukhuwah Islamiah yang dibina oleh ajaran Islam telah terungkai bahana ketamakan dunia yang meresapi seluruh urat saraf mereka. Semangat jihad yang ditiup oleh Islam sudah luntur manakala sikap ananiah terus bermaharajalela dalam diri mereka. Mereka terus hanyut dibawa arus kemodenan yang semakin menggila.
Sesungguhnya, keadaan umat akan terus begini seandainya kita lupa akan paradigma yang dicanangkan oleh Islam yang perlu sama-sama kita hayati. Dalam menyelesaikan keadan ini, kita sebagai ummat Islam perlulah kembali kepada ajaran Islam sebagai jalan penyelesaian dan sama-sama mempraktikkan perintah Allah dalam kitab suciNya yang bermaksud;
“Hendaklah kamu sekalian berpegang teguh dengan tali Allah ( Agama Islam ) dan janganlah kamu berpecah –belah dan kenangkanlah nikmat Allah terhadap kamu ketika kamu bermusuh- musuhan. Lalu Allah menyatukan di antara hati- hati kamu( sehingga kamu bersatu- padu dengan nikmat Islam ). Maka dengan nikmat itu, Allah menjadikan kamu orang-orang Islam yang bersaudara”.
Akhir sekali, marilah kita sama-sama menggembleng kekuatan kita dengan persediaan yang rapi dari sudut ilmu pengetahuan dan keutuhan persatuan. Tanamkanlah ruh jihad di segenap setiap jiwa kita dan semaikan tekad untuk sama- sama berjuang hingga ke titisan darah terakhir demi melihat fajar Islam terus bersinar. Sekadar renungan buat saya, anda dan kita semua, hayatilah pesanan terakhir seorang pejuang yang syahid di tali gantung kerana menegakkan Islam;
Saudara, seandainya kau tangisi kematianku,dan kau siram pusaraku dengan air mata mu, maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh, nyalakan obor buat umat ini, dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya………
~ teruskan perjuangan walau dicaci jua di maki, namun sambutlah ia dengan keimanan ~
- humayra' -




No comments:
Post a Comment