KENALI TUHAN MU

Labels

Blog Archive

Configure your calendar archive widget - Edit archive widget - Flat List - Newest first - Choose any Month/Year Format

Lorem ipsum

Labels

Lorem ipsum

Lorem ipsum

Photobucket

halwa qolb

Monday, November 9, 2009

Novel Bersiri : Bayangan Cinta

EPISOD 1 : PENGANGGUR TERHORMAT

"Ah, tension aku. Masuk ni dah kali ke tujuh aku kena pergi temuduga untuk dapat kerja. Sudah enam kali aku gagal. Yang ni aku tak tahu lah. Buat sakit hati je fikir. Macam tak ada nilai pulak ijazah aku ni."

Izzah menutup novel di tangan. Termangu sendirian.

"Izzah.."

Lamunannya terhenti serta merta. Aufa menghampiri dan bertenggek manja di sisi.

"Teringat kat si dia ea..cuba share sikit. Ana tengok macam menarik je." Aufa cuba mengusik. Memang hobinya mengusik orang.

"Ok, biar ana share. Sebenarnya Ana kesian kat Fikri la."

"Fikri??" Aufa menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ni ha, watak dalam novel ni. Fikiran tu jangan mudah sangat mengarut".

Aufa tergelak besar walaupun mukanya merah padam. Malu.

"Sebenarnya ana tengah fikir masa depan. Ntah berapa tahun nak 'jual anggur' lepas graduate nanti. Enti tak pe lah, keluar nanti terus jadi ustazah. Baca paper semalam tak? Jumlah penganggur meningkat hampir sekali ganda dari tahun lepas." Leter Izzah mengenang nasib diri. Penuntut tahun dua Universiti Malaya.

"alah enti ni, banyak la punca rezeki lain selain jadi ustazah. ha, jadi polis ke,askar ke,komando ke, baru Muslimat Power!!"

Izzah mencubit pipi sahabat baiknya itu. Aufa bukan dikenalinya semalam tetapi mereka ibarat kembar. Suka duka mereka bersama. Dua tahun mereka berjuang bersama di Nilam Puri sangat memberi kesan pada ukhuwwah mereka.

"Enti ingat tak pesanan ustaz Khairul Anwar masa Majlis Perpisahan Majlis Perwakilan Pelajar kat Nilam Puri dulu?"

Izzah takkan lupakan apa yang berlaku selama dua tahun di sana.

Aufa berdiri dan mengambil posisi untuk mengajuk perwatakan Ustaz Khairul Anwar. "Antum jangan fikir bila sudah tak berada di Nilam Puri antum dah bebas dari tanggungjawab ni. Tugas ni bukan sebab antum MPP semata-mata. Tetapi antumlah yang akan menyebarluaskan Islam ini bila ke KL nanti. Ingat, kerja dakwah ini akan terlucut dari kita bila nadi kita dah berhenti."

Nostalgia di APIUM Nilam Puri mengetuk memori. Semua barisan MPP tertunduk menadah hujan tarbiyyah dari Ustaz Khairul Anwar yang tak ubah seperti bapa mereka sendiri.

"Anak-anakku yang disayangi, kita ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Kenapa perlu lari dari jalan ini? Kenapa berlari ingin mencari kemurkaan Allah? Kita ni mata rantai perjuangan para nabi. Tugas kita lebih besar di luar sana."

Semuanya tunduk dek bait kata yang meruntum nafsu. Air mata Izzah mengalir dalam kesuburan iman.

"Ingat, kita takkan menganggur kerana jawatan sebagai khalifah, da'e dan hamba takkan terlucut selagi ruh masih bersama jasad!"

Izzah tersedar dari lamunan. Aufa entah ke mana. Bersendirian. Dicapai al-Quran tafsir dan dibeleknya. Air matanya diseka. Sebak. Ayat tersebut dibaca dan dutadabbur berulang-ulang. Tangisannya makin kuat.

"Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah oleh amanat itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu manusia itu ZALIM lagi BODOH." (al-Ahzab : 72)

"Aku zalim. Aku bodoh."

Bersambung.....

No comments:

Novel Bersiri : Bayangan Cinta

| |

0 comments:

.

Photobucket

About Me

My photo
Cukuplah bila aku merasa mulia kerana ALLAH sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiNya. ALLAH bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.

Followers