Saturday, October 3, 2009
PERJUANGAN DAN HAKIKATNYA
Manusia.. lidah.. dah hati selalu berkata
bahawa hidup itu adalah satu perjuangan,
Tapi apakah pernahkah mereka terfikir
harga yang harus dibayar untuk membeli sebuah perjuangan?
Lidah petah malah fasih untuk berkata,
tangan bergerak pantas menghayun ke kanan dan ke kiri,
Pernahkah terlintas hakikat perjuangan di hati naluri?
Di sana sini manusia sibuk bermegah diri,
Melaungkan itu dan ini,
Tidak terfikirkah amanat Allah yang ditanggung selama ini,
Sedangkan lidah asyik berbicara,
Sehingga pesanan Rasulullah dianggap dan di pandang enteng cuma,
Tidakkah terfikir balasan dan azab di neraka,
Atau sudah yakin bahawa diri akan mendiami syurga? Wallahu’alam
Sedarlah hanya Allah Penentu Segalanya.
ramai orang... ramai jiwa yang ingin berjuang....
Tapi sayang sekadar melukut di tepian gantang,
Melepaskan batuk di tangga,
Tanpa memahami...apa dia erti perjuangan yang sebenarnya,
Kabur dengan hala tuju perjuangannya,
Hanya melihat.. mendengar dan menurut..
Tanpa menimbangkan dengan akal,
Ingatlah.. anugerah Allah bukan untuk dipersia,
tapi untuk di gunakan dengan sebaik mungkin
Ayuhai sahabat2ku,
duhai pejuang2ku,
duhai jundatullah berjiwa hamba...
Jangan biarkan mindamu dijajah sewenangnya,
Fikirlah dulu sebelum bertindak,
bukankah Rasulullah sering berpesan,
“Janganlah ada di antara kamu menjadi manusia yang tidak berpendirian..”
Berpegang teguh pada Al-Quran dan As-sunnah Insya-Allah, d
irimu tidak terkapai dilambung ombak.
Sesungguhnya perjuangan yang kita laungkan menuntut pengorbanan,
Takwa.. Ikhlas dan Sabar,
semuanya disatukan menjadi kekuatan,
Perkukuhkan dirimu dengan ilmu di dada,
Hanya orang berilmu mampu menilai,
apa dia Hakikat perjuangan yang sebenarnya,
Percayalah.. ianya bukan mudah,
pasti Menuntut segala pemahaman zahir dan batin,
Berjuanglah sebagai hamba Allah,
Yang hanya ingin mencari keredaan-Nya.
Jangan anggap diri kita adalah yang terbaik,
Andai iman kita tidak seteguh Saidina Abu Bakar,
Atau diri kita tidak seberani Khalid Al-Walid di medan perjuangan,
Usahlah menabur kata-kata nista tentang orang lain,
Hisab diri kita...
sejauh mana hubungan kita dengan Al-Khaliq...
Jadilah jundatullah yang tulen..
Istiqamah dengan perjuangan..
Beriman dengan hati...
Menilai dengan ilmu..
Membuktikan dengan amalan..
kerna itulah hakikat sebuah perjuangan...
~ hidup itu adalah perjuangan ~
PERJUANGAN DAN HAKIKATNYA
bismillahirahmanirrahim...

No comments:
Post a Comment